Thursday, November 8

Tahukah Anda?

Coklat Buatan Tangan kini mula mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat Malaysia. Salah satu sebab utama ia digemari ramai kerana khasiatnya untuk jantung dan rasanya cukup sedap. Coklat buatan tangan juga halal kerana pembuatannya langsung tidak melibatkan sebarang bahan tambahan yang berasaskan haiwan.
 
Coklat mempunyai banyak khasiat dan kebaikan yang membuatkannya menjadi salah satu daripada makanan kegemaran kebanyakan orang dari seluruh dunia. Coklat boleh menjadi satu diet seimbang kerana coklat mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi. Jika anda tidak memakan makanan lain, anda boleh jadikan coklat sebagai sumber tenaga anda.

Coklat juga dapat mengelakkan daripada mengalami kerosakan gigi disebabkan oleh sejenis bahan di dalam koko iaitu tannin yang bertindak menghalang pembiakan bakteria di dalam mulut. Selain itu, coklat juga baik untuk jantung dimana koko kaya dengan antioksidan flavanoids yang boleh mengurangkan kematian berpunca daripada sakit jantung.

Tekanan darah tinggi juga boleh dikawal dengan pemakanan coklat ini dimana coklat mengandungi kalium (potassium) yang tinggi yang bertindak sebagai pemelihara tekanan osmotic di dalam sel.

Coklat juga boleh menghalang jerawat dan parut disebabkan asid linoleik yang ada dalan lemak koko boleh menghalang pertumbuhan jerawat dan parut. Ia juga baik untuk kulit yang mana terdapat vitamin E didalamnya.